Mar 5, 2010

Miting

Selalunya orang miting sekejap-sekejap saja
aku miting semalam..dari lapan pagi.sampai dua belas tengahmalam.
macam sindarella tanpa kasut kaca je bila dah sampai rumah.
ah.romantika de amor betul.

secara keseluruhannya miting ini agak berjaya.untuk membuka minda orang-orang dalaman dan membuka minda.paling tidaknya aku dapat mencerap gaya pemikiran mereka-mereka yang lebih dulu 'makan garam'.

ini miting pertama aku yang agak penting la.dan kali pertama aku jadi 'rahsia-tari'.jenuh aku menaip.satu pengalaman yang sangat menarik.

benda untuk sama-sama difikirkan:

"Let the past be the past.now we move forward"
"Don't question the management.Let them do what they supposed to do.We do what our jobscope asks us to do!"

^__^ V

Mar 3, 2010

jadi

tak..bukan serigala jadian
bukan juga segala benda jadian.
kadang-kadang kita terlalu mengejar kesempurnaan.kita nak jadi orang lain.
terlupa apa yang dikejar itu hanya lah satu perhentian.bukan suatu perjalanan.

aku pun.kadang-kadang lalai.leka.terlupa yang diri sendiri itu lebih baik.
meski pun hidup kita tak pernah serupa orang lain.
meski pun perjalanan kita direncanakan dengan cara yang sangat lain.
meski pun natijah yang kita tuju sama seperti orang lain.tapi kita berbeza.
kerana apa-apa yang mendeskripsikan kau dan aku.itu lah hidup kita

ujian pasti ada.
beza nya.cara kau jalani ujian itu.

sekarang.aku rela jadi aku
biar dunia menentang.aku rela jadi aku.
yang dikejar bukan redha manusia.
yang dicari bukan kepuasan sesama manusia
tapi Rabb yang disembah sekalian pelusuk alam.