Aku ada satu hipotesis.
Generasi baru..makin bertambah generasi makin berkurang peribadi diri.
Itu hanya sekadar hipotesis.Aku belum buat eksperimen lagi.Belum tahu keputusan bagaimana.Mungkin kita perlu lebih prihatin.Agar warga muda perlu jadi lebih bertanggungjawab.Berdisiplin.
Apa guna mati nanti hanya sekadar untuk menyerah dunia untuk dikekah sampai merekah isi bumi?Apa guna menyerah tampuk kepimpinan hanya sekadar untuk dikikis harta bangsa dan negara untuk diisi tembolok sendiri?
Apakah orang muda sekarang.dah lupa jatidiri?dah lupa harga diri?Ya.aku pun pernah lalui zaman itu.Zaman mencari erti diri.Tak bererti hidup tanpa tuhan.Buat undang-undang sendiri!
Cermin diri.tanya hati.apa sudah kita cukup memberi?sudah puas kita menegur dan menabur budi.berbakti?
Wahai orang muda..apa diguna tenaga selain dirempit.dihimpit.dikepit?
Aku sudah cukup membenci.Mungkin aku patut mula menyintai.Orang-orang yang kian dilupai.Orang muda yang dibenci.Oh.bukan salah muda mudi.tapi itu hanya satu suratan dalam hidup.Sedar lah..sedarlah..
Berjuanglah lawan nafsu dalam diri.
Apalah sangat hawa dalam diri?
Banyak lagi perlu kita tempuhi.
Jangan pentingkan diri.Sama-sama perlu kita kongsi.
Aku bukan bermelodi.Jauh sekali mahu berpuisi.Cuma ayat ikhlas tulus dari hati
Setelah penat aku menangisi..Sakit umat yang dah lama basi.
Jom kita isi hati.
Feb 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Mau tambah pada hujungnya....
"Erti hidup pada memberi."
Post a Comment