Salam'alaikum
Pencarian adik Sharlinie di Malaysia dah berakhir semalam.Tiada sebarang petunjuk yang dapat memberikan informasi terkini kedudukan sebenar adik malang itu.Mungkin ini salah satu daripada kelemahan media massa yang terlalu menggembar-gemburkan berita ini sehingga menjadi sensasi. Penjahat dah penculik mana lah yang mahu menunjukkan muka supaya mudah ditangkap polis kan? Tambahan pula sekarang ini musim demam pilihanraya. Siapa pula mahu kisah sedih ini dijadikan isu untuk pembangkang atau pihak-pihak yang mahu memburuk-burukkan satu pihak yang lain..Normal.Itu lah norma masyarakat kita.
Tak.Aku bukan sedih dengan situasi ni.Tapi mungkin kita patut lebih berubah jadi satu masyarakat yang lebih bertimbang rasa dan bertanggungjawab.
Panas!Lagi baru..sedang menonton Buletin Utama TV3..lagi berita tentang pilihanraya.Tapi berhubung dengan pelajar-pelajar serta rakyat Malaysia di London.Alangkah sempit nya bila di tanyakan soalan-soalan itu hanya kepada orang-orang yang di majlis itu sahaja?Pendapat itu tidak cukup rawak dan menyeluruh untuk mencapai satu kata yang menjadi wakil satu kawasan. Mana rakyat-rakyat Malaysia lain?Aku teringin benar mendengar komen mereka..
Kita tunggu dan lihat.Apa sahaja yang bakal menanti untuk di canang-canangkan untuk rakyat Malaysia sempena pilihanraya ini..yang pasti. 8MAc!Pasti jadi satu kejutan..aku rasa.terutama nya untuk orang-orang yang tidak bersedia menerima hakikat kita perlu berubah untuk rakyat!
Dan menjadi satu masyarakat yang kembali kepada yang Haq!
Feb 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Dah x mau cari tak payahlah umumkan bahawa pencarian berakhir. Sudah mau putus asa? Tak mau berusaha lagi?
Sedih.
Bukan anak atau adik kamu,kan?
Nauzublillah.
Post a Comment