Mar 15, 2008

Sesudah demam

Haha.Dah lama tak menulis kembali.Bosan agaknya.dengan keadaan yang semakin huru hara dan merimaskan.

oh.suasana politik di Boleh-land tidaklah semakin matang seperti yang dijangka.
aku bukan gemar berbicara soal politik.tapi sekadar memberi penilaian peribadi aku secara telus.dari kaca mata pihak ke-tiga.

kacau bilau.haru biru.bercelaru.

apa lagi yang aku boleh katakan?(taipkan barangkali?)suasana tak ubah macam kedai kopi.makcik-makcik dan pakcik-pakcik acapkali berbicara!Ah.bagusnya pembangkang sudah menang di negeri *apa-apa sajalah!

kalau kita berfikir secara logik dan rasionalnya.ya.bagus!
ahli-ahli politik-tikus harus sedar.tersentap dari LENA.dan TIDUR!
mengetahui hakikat.mungkin dia sudah tidak sesuai memimpin kerana di BENCI rakyat!

aku sendiri terhutang budi dengan kerajaan.(Malaysian Government!)
Not Pak Lah!Or his cronies!nor anyone in particular!
I would sacrifice my life for this country!With no doubt!

Tapi situasi sekarang berbeza.Apakah kita pernah bangun dari tidur.memikirkan bagaimana suasana kita hari esok?Fikirkan dengan realiti berbeza...

Bayangkan..Lim Kit Siang jadi Perdana Menteri Malaysia!Apa tindakan pertama dia?(DIA bukan beliau!!!)
Bayangkan Karpal Singh jadi Perdana Menteri Malaysia!Apa pula arahan pertama dari dia???
Bayangkan lagi..Nik Aziz jadi Perdana Menteri?Malaysia?Alhamdulillah..lepas tu?
Mahmoud Ahmedinejad...sebagai contoh..ah..jangan lah bandingkan langit dengan bumi!!!
Islam itu agama syumul..lengkap.Pemimpin perlu melengkap kan diri!(Aku tidak soalkan kredibiliti..tapi aku soalkan mana ilmu pemimpin?bukan setakat dunia..tapi ilmu untuk memimpin.ekonomi islam!peperangan islam!falsafah islam!seni islam! banyak lagi!!!!)

oh.tidak.aku tidak emosi.bukan juga semangat.
cuma aku dah muak.jemu.lali

dimana pemimpin-pemimpin muda yang layak?yang berkarisma tinggi?
bukan mengikut telunjuk orang atasan dalam hirarki politik.semata-mata..kita perlu hormat pada pemimpin...
ya.hormat perlu ada.tapi bukan mengampu!

realitinya..politik di malaysia mengalahkan politik di universiti yang sudah di rantai belenggu akta-akta yang merencatkan kelahiran pemimpin ulung.program-program yang mampu direncanakan pelajar.betapa banyak darah-darah muda yang mampu di curahkan untuk menyemai rasa cinta pada negara?zaman reformasi sudah berakhir.

Anwar ibrahim dan politik peribadi.Nik Aziz,Hadi Awang (walaupun nama aku sendiri di akui ..di namakan sempena ketokohan dan keperibadian beliau..) dengan politik islami..namun di mana pemimpin professional?Tokoh ilmuan islam adalah pakar dalam pelbagai bidang!mampu bersikap profesional dan disegani seluruh masyarakat..bukan ditakuti kerana syafaat yang mampu diberikan.

Jari-jari yang menaip.tak mampu lagi nak menari mengikut rentak yang dimainkan orkestra rakyat.Mungkin dah jemu dijamu.Suapan-suapan rasuah.Jelak dengan hiburan yang tak henti-henti memperbodohkan kita sendiri.

Di kala rakyat negara lain meng agung-agungkan kelebihan negara kita..kita pula sibuk mengoyakkan kredibiliti dan keupayaan negara.Baik dari pemimpin.terus kepada rakyat.yang mengundi,atau pun tidak!semua memainkan peranan.batu.pasir air dan simen diperlukan untuk membina rumah.ambil peranan anda.dan kita mulakan.jangan berlengah.

1 comment: